Saturday, October 17, 2015

welcome uum

WELCOME TO UUM !!!

WOHOOOoooo........... finally dapat jugak masuk ipta.
*dah sebulan masuk dan jadi warga uum
saya second intake for degree di uum.amik kos banking. so as second intake student memang kelam kabut. masuk je kelas dah kena buat esaimen. tak sempat nak cover. kalau kau usaha,inshaAllah boleh berjaya. ni pun aq dah stay up memalam buta tambah lagi nak midsem haa. nasib baik aq ada kumpulan yakni kump akaun yg tak kedekut ilmu and share ilmu dengan aq. terima kasih kalian semuaa.. Uum adalah sebuah ipta didalam hutan. hutan bukan sebarang hutan,kalau kau jenis suka nature. Kau suka life kat sini. BEWARE dengan kera banyak kat sini.. haaa, aku sem 1 tak amik ko-k sbb dah full. terpaksa ahh amik sem 2 nanti..tu pun tak tentukan lagi nak masuk apa.


ni adalah dpp mas.Dewan Penginapan Pelajar MAS. Ni tempat aq tidur study kentut makan minum semua lah. kat dpp mas ni semua perempuan. terjaga mata aq.huhuu

dy ada banyak dpp macam dpp sme bank dpp bank rakyat banyak lah. aq pun tak kenal semua lagi. keluar pun baru jalan2 kat changloon g cmart je. pokai nii..dan orang kata bilik dpp mas besar sikit dari dpp lain. kalau tanak kena apung, rajin2 kan lah diri kutip sira dan aktif macam2 program depa anjurkan. tak syiok weh kau datang jauh2 tapi terperap je dalam bilik.

So, goodluck sape2 nak masuk U nnti. yg tak dpat, inshAllah ada rezeki utk second intake. doa banyak2. ayah aq dulu dy takut gak sbb aq dgn poiter sem 2 mcm harem je, sapa nak kat aq.hmm
alhamdulillah berkat doa ibu abah nenek sgala sanak saudagha sahabat kawan teman yg doakan den dapat jugak uum. trima kasih uum sbb pilih saya, cewahh.

pengalaman braces 2015

SALAM semuanyaaa

dah officially pakai braces. meh nak crita pengalaman
pakai braces ni. tipu lah kalau tak sakit. sakit wooo.

Saya buat kat hospital kerajaan. Rm700 . bayar ansur2 means setiap kali appointment tu bawak lah rm50 camtu. kalau umur hg dah
lepas 18 tahun jangan lupa bawak rm5 .

mula2 tu dy suruh buat xray gigi. masa tu takde xray kat kmaman , kena pergi terengganu betol2 tganu.huhu.. then bagi xray kat doktor. next apptment dy bgtaw brpe gigi hg kna cabut. macam sy ni 4 batang kena cabut. gigi no 4 utk ats kanan,kiri, bawah kiri kanan.
tengoklah cermin sape yg berminat nak pakai braces. jangan niat nak cantik beb. salah tuu...
niat lah sbb kau nak makan senang, berus gigi pun teratur. cemtuuu dikk.

then dr pakai satu mende kaler biru. dy mcm getah biru tp kecik. haaa. nilah segala kesakitan berlaku. dy masukkan kat celah gigi.mula2 tak sakit , balik rumah nak makan haa masa tu lah sakitnya tu disini bukk.

next appointment dy buang getah tu.masa tu kau akan bau mulut kau busuk gile.hahahaahaha.
dr letak plak yg besi punya. ni bukan braces lagi tau. aq pun taktahu apa bnda nama dy. tapi ni lah kesakitan nombor dua...huuuuu

banyak lagi lah prosedur dy.. tapi KESAKITAN BRACES BOLEH DITANGGUNG setakat ni. dah dua bulan pakai. sepatutnya minggu lepas ada appoitment , tapi aq kat uum ni takleh ah nak balik tganu sllu, mahal beb tiket dy. pokai ni...

oklah, nak tanya apa2 tanya je.. saya baik.kahkahkah